Saturday, September 27, 2008
.eid sensatiOn.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
salam.
apa habaq semua?
lagi beberapa hari ja nk melangkah ke bulan syawal.
nak raya kan?
since semua org dlm mood raya,mari kita buat tag yang "ditag"kan oleh cik nani.dia ni chummel la sesangat.=)
Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
3 pasang sahaja.
~rahsia dulu boley?nti saya pastekan gambaq setelah memakainya di hari raya kelak.hehe.
Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
paling suka di pagi raya adalah ketupat daun palas segitiga.berjantina ketupat nie.jantan dan betina lain cara lipatannya.yang betina dikira reject.adaka patot?mkn dengan rendang aym mak beserta ketupat jawi dan kuah kacang.pergh....
Apakah biskut raya kegemaran anda?
~biskut makmur
~semperit
Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
saya masih layak diberi duit raya.oleh itu,apalagi.....hanya duit kertas diterima.cap harimau ye.haha.
Apakah aktiviti malam raya korang?
kat sini,mlm raya tiada bezanya mcm mlm2 lain.klau kat kampung dah tak menang tangan tolong mak masak.rindu suasana tu....
eh dah abes.nk tag siapa pulak yerk....okey camni,sesapa yang rasa dia nk raya,silalah buat.nti saya belanja kuah semperit!aci tak?hehe.
dia kesempatan ini,ingin saya hulurkan tangan memohon kemaafan atas segala salah dan silap terutamanya kepada rakan-rakan seangkatan dan sebatalion tak kira di ireland,malaysia dan seluruh pelusuk dunia..buat rakan-rakan seperjuangan di sini,ingatlah bahawa kesedihan kita di hari raya adalah satu pengorbanan besar yang insyaAllah ada rahmat di sebaliknya.walaupun tiada keluarga di sisi di pagi syawal,kita masih ada satu sama lain bukan?datanglah ke 59 donore avenue kalau nk mkn kueh raya ya.hehe.
buat sahabat-sahabat di malaysia,ingat lah kami yang jauh ni di kala mengadap juadah raya yang tidak dinafikan enak dan lazat tu.huwaa!!!!!
akhir kata,
SALAM AIDILFITRI dan di sebalik kegembiraan yang bakal tiba,bersederhanalah dengan sentiasa mengingatiNya.
lagi satu,pandulah dengan berhati-hati=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment