Wednesday, October 10, 2007

special edition

salam ramadhan kepada semua.

sebenarnya sedih nk ucap salam ramadhan tu sbb the ramadhan is about to leave us soon.beberapa hari je boleh sembahyang terawikh,bersahur dan of course berpuasa.sekejap je rasa.
dah lama blog di tak diupdate.ya,saya agk busy.kelas,tutorial...cukup untuk membuatkan saya malas dan ketiadaan idea.semester ni,w'pun kelas tidak beberapa byk,tetapi kebanyakkan start pada awal pagi.my greatest weakness to wake up early in the morning.huhu.so ptg ini,saya telah menamatkan tutorial yg sepatutnya berlansung esok petang dengan jayanya.ini bermakna esok adalah hari yg akn di look forward=P
bulan ramadhan tahun ini byk membawa makna kepada saya.entah kenapa tetapi saya rasa byk petunjuk yang saya dapat dalam bulan ini.petunjuk kepada persoalan-persoalan yang tiada jawapan sebelum ini,baik tentang hal-hal peribadi mahupun yang general.saya lebih nampak apa yang saya nak dalam kehidupan saya dan juga makna sebenar kenapa saya dihantar ke bumi sejuk beku ini pada usia muda dan menghabiskan saki baki zaman remaja saya di sini.mungkin tuhan mahu saya melihat banyak perkara dari perspektif berbeza,supaya saya tahan dan tabah menghadapi apa saja ujian yang diberikanNya dalam apa jua keadaan sekalipun.kenapa bahasa saya agak puitis?hurrmmm..kerana jiwa saya penuh dengan rasa kecil diri kepadaNya.ya,apabila saya evaluate diri saya,saya akn rasa sayu dan syahdu.huhu.rasa kecil tidak berdaya.
okielah,untuk tidak memanjangkan rasa sedih saya dengan peninggalan ramadhan dan mixed feelings yang tidak sepatutnya di layan,ada beberapa perkara yg membuatkan saya look forward to syawal.Allah dah kurniakan Syawal selepas ramadhan.oleh itu saya patut bersyukur kerana ia adalah petanda kemenangan.tahun ini raya agk special.kami serumah berpakat untuk mmbuat kueh raya.ya,kueh raya buatan sendri.special bukan?so far,3 jenis berjaya disiapkan.biskut makmur(my fave),biskut peanut butter dan biskut coklat.terima kasih aini kerana menjadi ibu kepada kami=)
sekarang juga lagu raya kedengaran di mana2 sahaja.baik stesen radio melayu hatta radio inggeris.bagus bukan.betapa aidilfitri disambut dengan meriah sekali.seronoknya jika dapat beraya di malaysia.ahh..lupakan.3 tahun lae insyaAllah.

yang paling penting,saya berharap syawal kali ini akn mmbawa 1000 kegembiraan buat orang-orang yang saya sayangi.

mak dan bapak:
w'pun saya tiada untuk menyambutnya bersama kalian,kalain tetap di hati saya,pada hari raya,hari esok dan hari-hari mendatang.seribu keampunan saya pinta atas segala keterlanjuran yang saya lakukan di dalam mahupun di luar sedar.kerana kalian saya masih berdiri,masih berlari dan bersemangat menempuh apa saja yang ditakdirkan untuk saya.

kakak-kakak dan abg tercinta:
tiada bandingan kasih sayang kalian semua.maaf atas segala kedegilan,kemalasan saya dan terima kasih kerana sanggup berkorban untuk saya.masih berbekas di hati di mana kalian dipukul atas kesalahan saya.sanggup manjadi pak sanggup kerana takut adik yg kecik menjadi mangsa amarah akibat kesalahan sendiri.dunia saya bercahaya kerana kalian.

anak-anak saudara saya tersayang:
tahun ni lae sekali tak dapat main mercun,pasang pelita sama-sama.study hard and smart kerana perjalanan hidup ini tidak mudah dan memerlukan byk bekalan ilmu dan pengorbanan.salam lebaran anak-anak sedara ku sayang.

syir:
tahun nie sekali lagi kita berhari raya di benua berbeza.percayalah,iA pengorbanan kita ada ganjarannya.kerja baik-baik dan maaf segala kesalahan dan pengucapan yg mengguris hati.

sahabat-sahabat:
maaf diatas segala khilaf.semuga persahabatan kita sampai ke syurga.

salam lebaran dari saya yang jauh di bumi ireland.

No comments: